Kami sentiasa di sini untuk menjawab segala soalan anda.
1Apa yang harus saya lakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan?
Adalah penting untuk anda membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.
Hubungi wakil atau cawangan Etiqa terdekat.
Hubungi panel bengkel Etiqa yang sah.
Hubungi 1-300-88-1007 untuk menyemak proses atau status tuntutan.
2Bagaimanakah saya mendapatkan perlindungan sekiranya kereta saya disenaraihitam oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?
Sekiranya kenderaan anda di senarai hitam oleh JPJ, sila hubungi mereka untuk menyelesaikan sebarang saman atau denda yang tertunggak.
3Apakah maklumat yang diberikan kepada JPJ bagi pengesahan untuk proses pembaharuan?
Nombor enjin dan casis bagi kenderaan yang mahu dilindungi, termasuk nombor kad pengenalan baru (atau lama) pemunya kereta dan tarikh tamat lindungan.
4Adakah saya akan kehilangan NCD sekiranya saya membuat tuntutan?
NCD anda tidak akan hilang sekiranya pemandu lain atau pihak ketiga didapati bersalah. Keputusan muktamad kepada pihak mana yang bersalah adalah berdasarkan kepada bukti daripada penyiasatan pihak polis.
5Berapa lamakah waktu menunggu sekiranya berlaku kecurian kereta?
Waktu untuk menyelesaikan tuntutan anda bergantung kepada tempoh penyiasatan pihak polis dan juga ajuster bebas yang sah (dilantik oleh Etiqa General Takaful Berhad).